Writer of This Blog

Writer of This Blog

Tuesday, February 15, 2011

Siapa Roger Federer ??

ROGER FEDERER

Fesyen Lama u!

Bersama Dengan Wartawan di Hari Perkahwinan Beliau

Style yg gemar Federer Buat

Bersama Isteri Tercinta Roger 

Salam buat semua pengunjung dan pembaca serta rakan-rakan perjuangan yg menceburi bidang sukan tenis, kali ni aku nak bercerita tentang salah seorang pemain tenis yg merupakan cukup POWER dalam era sukan tenis, pemain yang saya maksudkan ialah Roger Federer, lahir di Binningen (di Basel), Swiss 8 August 1981, pandai2 korang la kira umo dia berapa sekarang ni, ..hehe..beliau merupakan seorang pemain tenis dari Swiss dan merupakan salah seorang daripada pemain tenis yang terbaik di dunia dan berjaya mendapat title Top Seed in the world semenjak 2 Feb 2004 hingga 18 August 2008, dan kemudian dari 6 July sehingga kini. Roger Federer juga merupakan salah seorang pemenang rekod Grand Slam tunggal putra yang terbanyak sepanjang sejarah dengan 15 gelaran. Banyak dari kalangan komentator,analisis,pemain aktif,dan bekas pemain tenis yang zaman dahulu menganggapnya sebagai pemain tenis terbaik sepanjang masa. Roger Federer mula bermain tenis pada usia 6 tahun, pada usia 14 tahun, ia menjadi juara junior Swiss. Tahun 1998,tahun terakhirnya dalam dunia tenis junior, ia menjadi juara tournament junior di Wimbledon.Pada bulan July tahun yang sama, ia bergabung dengan Tour Association Professional Tennis (ATP). Dua tahun kemudian, pada Olympic Sydney 2000, ia berhasil mencapai babak semifinal. Sekejap! aku lupa nak bagitau, tinggi untuk Roger Federer ialah 185cm. hehe..sory lambat bagitau..Tournament ATP pertama yang dimenanginya ialah tournament di Milan pada tahun 2001, pada tahun tersebut, ia berhasil mencapai babak di Final di France Open dan Wimbledon. Dalam perjalanannya menuju babak perempat final dalam Wimbledon tersebut, ia mengalahkan juara bertahan Pete Sampras.Tahun berikutnya, ia gagal total bagi kedua-dua tournament tersebut, namun berhasil mencapai babak final Tennis Masters Series pertamanya dan juga berhasil menembusi Qualification Tennis Masters Cup. Pada tahun 2003, ia menjadi orang Swiss pertama yang menjuarai Wimbledon, mengalahkan Mark Philippoussis di final dan hanya kehilangan satu set sepanjang tournament. Ia merupakan empat kali dalam Piala Davis dan membawa tim swiss hingga semifinal. Tahun itu juga ia berhasil memenangi Tennis Masters Cup di Houston. 


Pada tahun 2004, ia mencetak prestasi yang luar biasa dengan meraih yang luar biasa dengan meraih tiga dari keempat-empat Tournament Grand Slam, masing-masing AS Terbuka(US Open), Australia Terbuka(Australian Open), dan Wimbledon. Selain itu, ia juga  menjuarai tiga Tournament Masters Series, oleh majalah Tennis, ia dianugerahi gelar "Pemain Tenis Terbaik" pada tahun tersebut.

Ia kembali meraih gelar Wimbledon pada 2005, mengalahkan Andy Roddick di Final. Dalam pertandingan, ia mencatat 49 winner  dan hanya 12 unforced error. Dalam pertandingan empat set di final AS Terbuka(US Open) pada september, ia mengalahkan Agassi dan meraih gelar AS Terbuka untuk kedua kalinya.

Pada tahun 2006, ia meraih gelaran Australia Terbuka setelah mengalahkan Marcos Baghdatis di final. Di final, Prancis Terbuka, Federer dikalahkan saingannya yang berperingkat kedua di dunia, Rafael Nadal dengan skor 1-6, 6-1, 6-4, 7-6(4). Panjang lagi sebenarnya kisah Roger Federer ni. tp..setakat ni jelah k?? hehehe..tngok la gambo die puas2!! hehe..

Kelebihan Sukan Tennis

Salam buat semua pengujung blog ni.. sekarang ni aku akan menceritakan serba sedikit mengenai kelebihan sukan tenis, ok...salah satu kelebihan sukan tenis ni..ia merupakan satu sukan yang amat berprestij tinggi dan mempunyai rating sukan yg cukup meletop di persada dunia, cakap je pasal tenis, confirm popular, why?? b'coz para pemain tenis ni kalau nak di bandingkan dgn pemain dalam sukan yg lain, tenis lebih modern and "up-to-date"..hehe..lagipun, sukan tenis ni, kos perbelanjaan amat tinggi, satu tube bola tenis berharga lebih kurang 15 ringgit ke atas..itupun digunakan dalam masa 2 minggu,, kalo nak guna sampai pancet sangat2 pon bleh gak..itupun kalo korang nak la..haha.. bercakap pasal pancet...aku nak cerita sikit apa yg paling penting dalam sukan tenis ni, tenis bukanlah satu sukan yg serupa seperti sukan lain, ia seperti kita aerobik, always bergerak terutama sekali dari segi "footwalk"(kaki)...so, stamina is really important..cara pergerakan di atas court juga harus di patuhi untuk memudahkan semua pukulan whether forehand and backhand. ok..cukup sampai disini...utk post aku yg bakal datang nanti, aku akan menceritakan tentang salasilah para pemain zaman dahulu sehingga la yang sudah sedia ada sekarang nih...ok2..salam..

Monday, February 14, 2011

Pengalaman Aku Sepanjang Berkarier dalam Sukan Tenis

Pertama kali aku memegang raket tenis semasa aku darjah 5, pada waktu itu aku sebenarnya hanya melihat bapa aku yang sedang khusyuk bermain tenis, hehe..semenjak dari hari itu la aku mula berminat dalam sukan tenis, dan pada hari itu juga lah pertama kali aku memegang raket tennis! berat doe!! haha... tapi latihan demi latihan dengan bapak aku sendiri yang menjadi coach, huhuhu..akhirnya jauh jugak perjalanan aku dalam sukan tenis, pertama kali aku mewakili bahagian ialah pada tingkatan 2 di SMK Saribas Debak. Dan semenjak dari itu tiap2 tahun aku di beri tugas utk mewakili bahagian dalam sukan tennis bagi sekolah tersebut. Perrggh! yang lebih menyedihkan aku, dah bertahun-tahun aku bermain tenis, namun tidak pernah sekali pun aku berjaya utk mewakili Sarawak! hah! tapi...Cintanya aku terhadap sukan tennis tetap Mendalam dan takkan pudar! hhuhuhuh...

Wednesday, February 9, 2011

Asal Usul Sukan Tennis

Salam buat semua pembaca dan kepada semua yang menggemari sukan tenis.. ini merupakan blog aku yang kedua dalam yang merangkumi blog Programmed Ur Brain. Oleh kerana ini merupakan blog yang masih lagi harum baunya... haha..maksudnya masih baru ...so, aku perlukan support dari u all semua utk menjayakan blog ini. Baiklah! bagi permulaan.. aku akan menceritakan Sejarah Sukan Tenis yang setakat ini aku tahu, ermmmmm...Tenis, merupakan sukan yang sudah cukup tua. Court Tennis yang paling awal digunakan ialah Grass Court, yang menggunakan tanah rumput. Buat pengetahuan semua, jenis rumput ini juga merupakan rumput yang paling halus di dunia, takkan la nak gunakan rumput bola sepak plak kan??? huhuhu.. Dan pada zaman itu, format pakaian semasa bermain di Grass Court juga mesti menggunakan Baju berwarna Putih(full White Dressing). Selepas kewujudan Grass Court, telah dibina pula jenis-jenis court yang lain seperti Cimen Court, Concrete Court, dan Clay Court. Ermmm..berkenaan dengan pemainnya pula, tenis boleh di dengan dua jenis format, iaitu Single dan Double Match ... Single mempunyai format penggunaan Court tersendiri dan begitu juga bagi Double(berpasangan). .. OopS! sebelum terlupa, Match Double juga mempunyai satu kelainan kerana para pemain boleh bermain secara Mixed (lelaki & Perempuan). Ok! Sekarang kita bercerita pula mengenai Nama-nama Pemain Tenis terkemuka pada zaman sekarang, tentu anda kenal siapa dan bagaimana rupa pemain seperti Rafael Nadal, Roger Federer, Novak Djokovic, Andy Murray, Andy Roddick, Serena William, Venus William, Maria Sharapova, dan banyak lagi pemain-pemain handalan yang kerap muncul di kaca tv. So, niat aku sekarang ni, nak cari sesiapa yang berminat nak mempelajari sukan tenis. Kalo korang berminat, boleh la follow blog ni dan kita akan sering bertukar pendapat bagi menjayakan sukan Tenis. Mana tahu satu hari nanti kita dapat melahirkan seorang pemain yang mampu mengalahkan Roger Federer..ChewaH!! (mustahil tp x salah) ... huhuhu... ok2...kalo korang ada apa2 pertanyaan, sila hantarkan emel kat fb aku .. aku sedia menjawab selagi aku mampu..huhu..ok2.. this is my address.. 

Mohd Tarmizi Bin Mohd Ali.